07 February 2011

Mari Mengaji Enjin Bahagian 2

Bersambung semula.sebelum ni kita dah mengkaji basic2 enjin inline.korang sume mesti tertanya2 bagaimana petrol akan masuk kedalam enjin kan?ok.pada zaman yang serba maju ni,sume enjin dah pakai fuel injection.berbanding pada zaman dahulu kala,petrol ni diagihkan melalui kaburetor.

perbandingan antara fuel injection dan kaburetor:

1)fuel injection ni dikawal oleh komputer.ala,kalo orang cakap komputer box uh,ha benda tu mengawal juga injection ni.dia akan mengawal nisbah petrol yang patut disembur kedalam enjin untuk menghasilkan pembakaran yang lengkap.

2)kaburetor plak konsep die menggabungkan skali angin dan minyak.berbeza sedikit daripada injection.dan kebanyakan kenderaan sebelum awal 90an,menggunakan kaburetor.

mari kita lihat konsep fuel injection.

courtesy:www.eng.warwick.ac.uk

ok,yang line merah jambu pinky2 tuh,tu petrol.dari petrol tank tuh,petrol akan disalurkan kepada injection dekat atas enjin nun.lalu apabila valve intake terbuka,petrol dan angin akan bergabung bersama,piston akan touch spark plug,lalu pembakaran pun terjadi.tadaaaaa!!yang kotak kaler kuning2 ceklat tuh,benda tu nama die ECU(electronic control unit) atau dalam bahasa kesatnya dikenali sebagai komputer box.benda ni akan mengkontrol kadar nisbah minyak yang patut disembur kedalam enjin.kebaikan fuel injection ni,kadar penggunaan petrol lebih jimat sebab ratio nye dikawal oleh komputer.lagi2 kalo ada kecanggihan cam timing seperti VTEC,VVT-i ape sume uh,possibilty untuk jimat tu lebih tinggi la berbanding enjin yang tidak mempunyai cam timing yang canggih2.

ok,skarang mari kita lihat pula sahabat fuel injection ni.kaburetor.

saudara saudari,bila kita lihat kepada konsep old skool kaburetor ni,minyak akan dicampurkan dengan angin sebelum masuk kedalam enjin untuk proses pembakaran.lebih kurang macam injection,akan tetapi semburan minyak tu tak dikawal oleh komputer.enjin2 yang pakai kaburetor ni memang laju2 belaka.tapi die punya minyak memang mentekedarah lah kan.depends on driving style.

complete.tamat sudah cerita tentang bakar-membakar nih.lepas ni kita akan membincangkan tentang layout2 enjin plak.macam inline ke,V ke,boxter ke.
fuel injection(courtesy:www.dmsauto.com.au)

caburetor(courtesy:www.tradenote.net)



sehingga bertemu lagi pada waktu dan masa yang sama!

No comments:

Post a Comment