07 February 2011

Mari mengaji enjin bahagian 1

Ape itu enjin?enjin amat diperlukan untuk menggerakkan sesebuah kenderaan.ok,disini aku akan menerangkan beberapa perkara asas tentang enjin nih.yelah,bawak kereta mengalahkan pelesit,tak guna jugak kalo tak tau pasal enjin ni kan.Banyak sangat jenis enjin ni.Dari 3 silinder sampai la ke 12 silinder.Yang tak bersilinder pon ade jugak.Cara pergerakan silinder pon bley tahan la untuk diceritakan.Inline,Boxter,V,rotary,setiap jenis ni ade kelebihan die tersendiri.

Enjin memerlukan pembakaran untuk bekerja.lebih kurang cam kita tengok cerita hindustan la kan,menari2 atas keretapi.ha,keretapi yang bergerak tu memerlukan arang batu untuk bergerak bila pembakaran terjadi.So,konsep die sama dengan enjin yang ada pada zaman ini.

ramuan yang penting untuk menggerakkan sesebuah enjin:

1)angin
2)air
3)api

kurang je satu benda,memang tak bley hidup la.ok.skarang kita tengok macamane operasi enjin ni.

courtesy:fullorissa.com

ini adalah diagram enjin 4 silinder yang ada dalam sume kete2 biasa.stakat kat mesia ni,ini la bentuk enjin yang ade dalam bawah bonet tuh.korang cuba tengok dekat crank tuh.crank tu akan berpusing2,menggerakkan kan connecting rod dan piston.so piston akan kebawah dan keatas.ok,bunyi memang macam PERV.tapi kalo nak lebih faham,memang kene PERV sket.

valve berfungsi untuk menutup dan membuka injap pada enjin.so angin ditarik masuk untuk melakukan proses pembakaran pada intake valve dan gas panas yang terjadi selepas pembakaran akan dikeluarkan melalui exhaust valve.ada 2 valve je kat enjin.tak pernah lebih dari 2.kalo korang nampak, ade 2 cam kat belah atas tuh.satu intake cam dan satu lagi exhaust cam.cam ni function die lebih kurang je macam crank tuh.akan tetapi,cam tu berpusing untuk menggerakan intake valve dan exhaust valve.so,bila angin disedut masuk,exhaust valve akan ditutup.Bila pembakaran selesai,exhaust valve akan dibuka dan intake valve akan ditutup dan piston akan menolak hasil pembakaran tu keluar dan terus ke ekzoz.

"bro,camne valve tu terbuka dan tertutup?"

cam ni dia ada setting die.setting ni kene selari dengan putaran crank.pernah dengar timing belt?benda alah ni la yang membuatkan sume benda ni bergerak serentak dan berhubung antara cam dan crank.tapi nak setting tu,memang MAMPUS.

lupa plak.macam mana nak terbakar kalau tak de ape ye tak?ha,api tu datang daripada spark plug.bila piston menujah kearah atas,korang perasan tak ade spark plug kat situ?ok,piston akan berlaga dengan plug dan menyedut angin dan petrol sekali,dan disitu la terjadi nya pembakaran.

*take note bahawa enjin petrol dan enjin diesel mempunyai pembakaran yang berbeza.Dan ketepikan gearbox dan clutch kerana kita akan menceritakan tentang beliau nanti.

bahagian 1 tamat.




No comments:

Post a Comment